MH370: Kerajaan Isytihar Penumpang & Krew Pesawat Terkorban
Foto : Utusan Online KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kerajaan hari ini mengisytiharkan kesemua 239 penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Beijing, 8 Mac lalu sebagai terkorban. Dalam pengumuman oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang disiarkan RTM1 pada pukul 6 petang ini, pengisytiharan tersebut dibuat setelah pesawat itu dianggap terlibat nahas, menepati takrifan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa yang juga dikenali Konvensyen Chicago. Beliau berkata, sehubungan itu, selepas 327 hari (setakat semalam) dan dengan segala data yang diperoleh, adalah tidak mungkin untuk kesemua penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat tersebut berpeluang untuk hidup. Menurut beliau, ini berikutan data menunjukkan penerbangan MH370 berakhir di dasar laut kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi melibatkan kedalaman mencec