7 Mitos Makanan Yang Tidak Boleh Dipercayai




Mitos atau fakta, semuanya terpulang pada anda sendiri kerana setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati.


Bawang punca badan berbau?
Jangan takut memakan bawang kerana bawang bukan punca anda berbau badan. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak. Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!


Biji jambu punca sakit usus?
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar. Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.


Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.


Lemon campur  kicap punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya. Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.


Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salah mempunyai kandungna serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.


Bayam punca urat timbul?
Memilih  bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.


Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.


Jika anda masih ragu akan mitos ini, percayalah bahawa setiap sakit yang datang adalah kerana kelemahan sistem imun dalam tubuh badan anda. Apabila anda jatuh sakit setelah mengambil makanan ini, mungkin ia satu kebetulan. Apa pun, tepuk dada tanya selera!


Sumber : Majalah Seri Dewi & Keluarga 


Comments

Popular posts from this blog

Siput Babi (Escargot) hidangan lazat? Halal ke untuk dimakan?

Penderita Asam Urat AKUT? RAMUAN INI Jawabannya!

7 Pelajaran dari Presiden Jokowi Ini Wajib Kamu Baca Jika Ingin Jadi Pemimpin