Posts

Showing posts from June, 2015

10 khasiat madu untuk kecantikan

Image
Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah kaya dengan khasiat dan juga boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. 1. Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama rata. Kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka. 2. Memberi Tenaga & Menaikkan Seri Wajah Amalkan mengambil madu sesudu besar setiap pagi. Seelok-eloknya ambil madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur. Cara yang paling digalakkan, tuang sesudu madu di atas tapak tangan. Kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan