7 Tip Buat Anak Seronok Membaca




Membaca adalah perkara utama untuk membentuk perkembangan otak anak-anak. Pada peringkat awal ,pengalaman membaca di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dipupuk supaya mereka lebih kreatif, bijak berimaginasi dan minat belajar.

Tidak semua anak-anak suka melihat buku namun sikap suka meniru kelakuan ibu bapa di depan mata adalah jalan mudah untuk melatih mereka berminat terhadap buku. Pastikan anak-anak melihat anda membaca buku, majalah atau suratkhabar supaya sikap ini mendorong mereka turut membaca.

Jika anda mahu mengajak anak membaca, pastikan lokasi yang selesa untuk mereka. Misalnya, membaca di dalam bilik dan di atas katil. Setelah anda membaca, jangan lupa ceritakan semula apa yang anda baca untuk memastikan mereka benar-benar faham dan membuatkan mereka terus berimaginasi.

Sekiranya mereka mempunyai buku atau penulis kegemaran, biarkan mereka terus mengulangi membaca buku tersebut tetapi beri juga galakan untuk mereka membaca buku-buku lain tetapi mempunyai persamaan.

Jangan merasa terbeban membawa anak-anak ke perpustakaan sambil membuat kad pustakawan untuk menggalakkan mereka meminjam sekurang-kurangnya lima buah buku. Lebih banyak buku yang dipinjam, lebih banyak genre yang akan mereka kenali.

Apabila anda mendapati anak-anak kurang minat membaca, latih mereka dengan buku-buku yang penuh dengan ilustrasi bergambar serta warna-warna ceria untuk menarik minat mereka membaca. Kaedah ini membuatkan mereka tidak jemu apabila melihat buku.

Jika anak anda tidak suka membaca, cari buku yang berbentuk audio kerana ia membantu anak-anak lebih menghargai seni bercerita. Lama-kelamaan, minat membaca boleh dipupuk.

Beritahu anak anda bahawa mereka tidak ada had untuk membaca. Beritahu juga bahawa mereka dibenarkan membaca di atas katil iaitu sebelum masuk tidur. Hal ini membantu mereka tidak menganggap aktiviti membaca satu perkara membebankan sebaliknya menjadi satu perkara yang sangat menarik.

Diharap, kaedah mengajak anak membaca bersama-sama ini membantu mereka menerokai dunia seni dengan lebih jauh serta faedah yang akan diperolehi. Semuanya bermula dengan keseronokkan tanpa perlu memaksa. Jadi, cerita apa yang akan anda baca untuk anak-anak hari ini?


Sumber : Majalah Seri Dewi & Keluarga 


Comments

Popular posts from this blog

Siput Babi (Escargot) hidangan lazat? Halal ke untuk dimakan?

Penderita Asam Urat AKUT? RAMUAN INI Jawabannya!

7 Pelajaran dari Presiden Jokowi Ini Wajib Kamu Baca Jika Ingin Jadi Pemimpin