Posts

Showing posts from February, 2015

Cara Menanam Pokok Herba di dalam Pasu

Image
Adakah anda suka bercucuk tanam atau berkebun? Aktiviti b ercucuk tanam atau berkebun ini boleh dilakukan tidak kira di mana kita berada.  Walaupun duduk di rumah teres/apartment kita masih boleh bercucuk tanam di dalam pasu. Jom  manfaatkan ruang yang ada!  Antara pokok2 herba yang admin tanam adalah daun pandan, daun kesum, daun kunyit, serai, lengkuas, daun sup, pokok cili, pokok kari dan lain2.  Mudahkan? Nak masak admin boleh terus ambil/petik sahaja di laman rumah. Ok, sekarang mari kita lihat cara menanam pokok2 herba ini.  Sediakan peralatan seperti di bawah: 1. pasu 2. sabut 3. tanah hitam (Admin beli di nurseri) 4. anak benih/pokok 5. baja Cara2 menanam: 1. sediakan pasu yang ada lubang di bawahnya. Tujuannya ialah untuk memudahkan aliran air keluar. 2. masukkan sedikit sabut bagi menutup lubang pasu. Tujuannya apabila pokok disiram, tanah hitam tidak akan keluar melalui lubang. 3. masukkan ¾ tanah hitam ke dalam pasu. 4. t anam anak benih/pokok . 5. siram pokok setiap hari (

Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak??

Image
PHTHALATES yang digunakan dalam alat solek mampu merendahkan IQ bayi dalam kandungan. – Gambar hiasan Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati. Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik. Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan. “Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak. “Pendedahan tinggi pada pht

Tip Pilih Langsir

Image
Setiap kali menjelang Aidilfitri, ramai yang memasang angan2 untuk menukar langsir baru. Jom lihat tip pemilihan langsir yang sesuai bagi yang ingin menukar langsir sempena Aidilfitri 2015 ini… Pemilihan fabrik langsir yang tepat dan sesuai penting untuk memberikan keselesaan dan menyerlahkan lagi keindahan kediaman. Selain berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari, langsir kini menjadi salah satu elemen penting dalam hiasan dalaman. Tip deko kali ini memberi panduan berkaitan pemilihan langsir. Anggaran bajet Kain langsir datang dengan pelbagai harga dan ia bergantung kepada jenis fabrik serta kualitinya. Dicadangkan anda membeli langsir mengikut bajet. Banyak pilihan yang cantik dengan harga jauh lebih rendah. Tentukan ukuran Memilih ukuran yang tepat akan memberikan suasana ruang dalam rumah tampak kemas, teratur dan menarik. Untuk nampak lebih dramatik, gantung langsir pada bahagian lebih tinggi. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gel

Kisah Sang Katak – Comel tapi AWAS!!

Image
Tahukah anda bahawa sesetengah katak itu beracun? Mengimbau kembali zaman kecik-kecik dulu. Teringat pula cerita di kampung yang bilik mandinya dibina di luar rumah. Semasa mahu mandi terlihat sang katak yang sedang relaks duduk atas lantai simen. Apa lagi, pagi-pagi dah terjerit-jerit minta tolong sambil lari keluar minta tolong abang buangkan katak. Geli gelaman rasanya tengok sang katak yang menggerutu dan tak comel tu.  Ya..itu lah katak puru punya cerita…hehehe...Anda ada pengalaman tentang katak?  ;) Ok, sebenarnya ada juga katak yang comel-comel yang kita rasa nak bela dalam akuarium. Tapi tahukah anda bahawa sesetengah katak beracun? Menurut kajian sains dari Pusat Sains Negara, kebanyakan kodok dan sesetengah katak mempunyai pundi racun besar iaitu pundi parotoid yang terletak di bahagian sisi kepala di belakang mata dan pundi lain di serata badannya. Pundi ini merembeskan mukus dan sejumlah toksin yang menjadikan katak licin untuk dipegang, rasa yang teruk atau beracun. Katak

Siput Babi (Escargot) hidangan lazat? Halal ke untuk dimakan?

Image
  Kalau kita berkebun, musuh utama tanaman kita adalah siput babi. Memang habislah daun-daun hijau tanaman kita kalau siput ni menyerang. Apa yang selalu kita buat dengan siput tu? Kita kutip dan buang jauh-jauh? Atau hempaskan ke tanah (ini edisi kejam dan tolong jangan buat. Dosa tau….) Tahukah anda di negara Eropah orang di sana gemar memakan siput babi siap ditulis di dalam buku resepi lagi cara-cara untuk memasaknya. Persoalannya, lalukah tekak kita untuk makan? Bagaimana pula dengan hukum bagi kita yang beragama Islam? Ikuti persoalan ini... ISU: Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam?  Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel d

Mengajar Anak Berjalan

Image
Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan. Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh. Ada juga yang tidak sabar dan cuba mengajar bayi mereka belajar berjalan, lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan yang sebaya sudah pandai berjalan mahupun berlari. Sebenarnya, bayi tidak perlu diajar kerana mereka akan membuat keputusan sendiri apabila telah bersedia untuk melakukan perkara itu. Ibu bapa juga tidak seharusnya membandingkan anak mereka dengan anak orang lain, kerana setiap bayi berbeza tahap pembesarannya. Mereka harus belajar menerima seadanya. Boleh jadi satu hari nanti anda akan melihat bayi cuba bertatih sendiri pada sambutan hari jadi pertamanya. Sesetengah kanak-kanak bagaimanapun, masih gagal berdiri sendiri walaupun telah mencecah usia 18 bulan. Jika perkembangan dalam aspek-aspek lain seperti fizikal, pertu

Pengaruh Warna Dalam Penampilan

Image
Setiap hari mewakili warna-warna tertentu, pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut akan menyerlah aura positif dalam diri anda. Jom kenali aura warna mengikut hari. Putih polos Hari Isnin menjadi permulaan hari, lantaran amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk membantu membangkitkan  mood.  Putih adalah pilihan yang sesuai, warna ini polos dan suci. Ia membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberi impak bersih dan tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih sebaliknya sedikit palitan warna ini sudah mencukupi. Kekuatan merah jambu & ungu Rona-rona lembut sentiasa menjadi pilihan terutama kaum Hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis. Warna ini mempunyai aura yang sangat positif, pemakainya akan menjadi lebih bersemangat dan yakin untuk melaksana segala urusan atau tugasan yang diamanahkan. Gayakan salah satu rona ini dan nikmati sensasi aura warna terseb

Risiko Anak Tidur Buai

Image
Anak menangis sememangnya membuatkan hati ibu gundah. Jika dahulu kita lihat para ibu bersusah payah menidurkan anak mereka dengan cara menepuk bayi atau meletakkan mereka di dalam buaian.  Banyak tenaga yang digunakan bagi memastikan buaian sentiasa bergerak dan si comel kekal tidur lena. Kini, para ibu boleh tersenyum kerana teknologi membantu meringankan beban mereka dengan ciptaan buaian elektrik. Tidak dinafikan buaian ini dapat membantu dan memudahkan kerja si ibu. Tetapi tahu kah anda buaian jenis ini tidak sesuai digunakan oleh anak anda. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian bagi menidurkan anak anda.  Ini kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti kecederaan kepala pada kanak-kanak akibat terjatuh dari buaian semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Bersama SDK, kita kongsi antara risiko yang mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik ini: Kebarangkalian bayi terjatuh atau dihempap spring/mesin Kain yan

Snek sihat kudapan tengah malam

Image
Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Jom ketahuinya. Apabila bercakap tentang snek sihat, burger dan  ayam goreng tidak termasuk dalam senarai ini ya. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak tinggi harus dielakkan kerana ia hanya akan memberikan kesan negatif kepada anda. Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena. Yogurt Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur  dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueb

7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat

Image
Mungkin anda tidak sedar, apa yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan. Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’ semasa tidur. Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu. Silang Kaki Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit. Tidur Meniarap Sepanjang Malam Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki. Mengenakan Tali Pinggang Terlalu Ketat Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem peng

Rahsia Langsing Tanpa ‘Ikat Perut’

Image
Kadang-kadang apabila godaan datang, perut mula ‘memberontak’ untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap. Jangan bimbang, masih ada cara lain untuk membantu anda langsing tanpa perlu ‘ikat perut’. Cubalah trik ini: Mulakan Pagi Dengan Protein Protein tanpa lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Namun, waktu pengambilannya juga penting. Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan. Nikmati Limau Gedang (Grapefruit) Kajian dari   Nutrition and Metabolic Research Center   di   The Scripps Clinic , San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tem

10 Tip Kurus Paling Berkesan

Image
Rasa malas sangat nak berdiet sebab susah betul nak berjaya. kalau mampu turunkan berat badan pun, tak banyak. Kemudian bila makan sikit, mulalah berat badan naik semula. Bosannya! Kalau tak diet, badan 'membesar' pula. Bukan saja tak selesa dan kurang keyakinan diri, kesihatan pun mulai terjejas. Harap-harap dengan 10 trik mudah ini, anda akan berjaya menurunkan berat badan yang 'degil' itu ya? Kurangkan Skala Makanan Menurut Bethenny Frankel, penulis buku ‘Cara Mengecilkan Badan Secara Semulajadi’, mengurangkan makanan bukan dengan cara mengira berat makanan sahaja tetapi dengan cara memesan dua makanan pembuka dan tidak mengambil hidangan utama. Hadkan Untuk Makan Menurut Ellen Kunes, editor health.com, cara menghadkan diri anda daripada mengambil makanan terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda boleh mengukur dengan saiz bekas ini agar anda tidak makan berlebihan. Minum Coklat ‘ Shake ’ Minuman coklat ‘ shake ’ berbeza dengan minum