Cara Menanam Pokok Herba di dalam Pasu

Adakah anda suka bercucuk tanam atau berkebun? Aktiviti bercucuk tanam atau berkebun ini boleh dilakukan tidak kira di mana kita berada. Walaupun duduk di rumah teres/apartment kita masih boleh bercucuk tanam di dalam pasu. Jom manfaatkan ruang yang ada! 

Antara pokok2 herba yang admin tanam adalah daun pandan, daun kesum, daun kunyit, serai, lengkuas, daun sup, pokok cili, pokok kari dan lain2. Mudahkan? Nak masak admin boleh terus ambil/petik sahaja di laman rumah.

Ok, sekarang mari kita lihat cara menanam pokok2 herba ini. 

Sediakan peralatan seperti di bawah:

1. pasu
2. sabut
3. tanah hitam (Admin beli di nurseri)
4. anak benih/pokok
5. baja


Cara2 menanam:



1. sediakan pasu yang ada lubang di bawahnya. Tujuannya ialah untuk memudahkan aliran air keluar.

2. masukkan sedikit sabut bagi menutup lubang pasu. Tujuannya apabila pokok disiram, tanah hitam tidak akan keluar melalui lubang.

3. masukkan ¾ tanah hitam ke dalam pasu.

4. tanam anak benih/pokok.

5. siram pokok setiap hari (2x sehari)

6. letak baja (Admin guna baja kopi).


Berbudi kepada tanah inilah hasilnya...






Bagi yang berminat untuk bercucuk tanam di dalam pasu, bolehlah mencuba panduan yang admin share ini...

Selamat mencuba!! 

Kongsikan panduan ini dengan rakan2 anda!

Berminat dengan rumah dan hartanah???
Jemput "LIKE" Fanpage di bawah untuk mengetahui Info Hartanah Semasa -->
Jual Beli Rumah & Hartanah



Comments

Popular posts from this blog

Siput Babi (Escargot) hidangan lazat? Halal ke untuk dimakan?

Penderita Asam Urat AKUT? RAMUAN INI Jawabannya!

7 Pelajaran dari Presiden Jokowi Ini Wajib Kamu Baca Jika Ingin Jadi Pemimpin